Masjid Hussain mula dibina pada tahun 2012 dan mula membuka
pintunya kepada orang ramai pada tahun 2014. Masjid yang indah ini
diinspirasikan daripada warisan seni bina Turki. Selain dewan
solat utama dan ruang solat tambahan yang boleh memuatkan jemaah
seramai 3,500 orang, Masjid Hussain juga turut dilengkapi dengan
kemudahan seperti dewan serbaguna, perpustakaan dan bilik
komputer.
Aspirasi untuk Masjid Hussain agar ia dapat menjadi pusat komuniti
yang berperanan luas dalam segenap aspek kehidupan. Selain sebagai
pusat ibadah, Masjid Hussain juga berfungsi sebagai pusat ilmu dan
aktiviti kemasyarakatan. Masjid Hussain mengalu-alukan kunjungan
sekalian warga muslimin dan muslimat, dari jauh dan dekat.