Masjid Hussain terletak di tengah bandar Seremban 2, Negeri
Sembilan. Masjid ini mempunyai dua ruang solat iaitu dewan solat
utama yang merangkumi ruang solat untuk jemaah lelaki serta
wanita, dan ruang solat tambahan. Masjid Hussain mampu menampung
sehingga 3,500 orang jemaah pada satu-satu masa.
Masjid ini diwakafkan oleh Tan Sri Abdul Rashid Hussain.
Masjid Untuk Semua
![](assets/img/divider-blue.png)
![](assets/img/home/banner-1.png)
Sumbangan
![](assets/img/divider-blue.png)
Operasi Masjid Hussain bergantung sepenuhnya kepada dana yang
diperoleh melalui sumbangan orang ramai untuk membiayai setiap kos
yang berkaitan seperti gaji kakitangan, bil utiliti seperti
elektrik, air dan internet, kos penyelenggaraan masjid, kos
landskap serta kos menjalankan program dan aktiviti yang
dianjurkan oleh masjid.
Tiada sumber rasmi lain yang disalurkan oleh pihak Kerajaan
Pusat atau Negeri untuk membiayai kos seperti yang dinyatakan di
atas.
Program Yang Dikendalikan Di Masjid
Antara aktiviti asas yang dijalankan termasuklah:
• Solat fardhu berjemaah
• Tadarus al-Quran
• Solat Jumaat
• Program Fardhu A’in dan
ilmiah
• Majlis akad nikah beserta
jamuan • Urusan pengurusan
jenazah
-
Bagaimana sumbangan anda dapat membantu masjid kita?
Membangunkan Program Dan Aktiviti Yang Lebih Berkualiti
Memasuki tahun kesembilan, masjid ini sedang berkembang menjadi bukan sahaja tempat ibadah dan pengukuhan syiar Islam tetapi juga sebagai pusat ilmu, kegiatan ummah dan pelbagai aktiviti kemasyarakatan bagi mengeratkan persaudaraan serta mengimarahkan masjid agar sama-sama kita mendapat manfaat daripadanya.Memastikan Masjid Sentiasa Berada Di Dalam Keadaan Baik
Sumbangan ikhlas anda amat bermakna untuk kelangsungan Masjid Hussain agar dapat menjadi sebuah institusi yang membina masyarakat yang cemerlang. Majlis ilmu dan ibadah dapat diadakan di dalam keadaan selesa dan persekitaran yang kondusif. -
Cara mudah untuk anda menyumbang
Kami amat mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan ikhlas daripada anda yang akan disalurkan terus untuk pembiayaan kelangsungan operasi Masjid Hussain.
Cara untuk memberi sumbangan:
Secara Tunai
Di peti-peti sumbangan masjid atau di Pejabat Masjid Hussain
Kod QR DuitNow
Imbas & Infaq
DuitNow
Melalui bank (Cek/Pindahan Wang)
Masjid Hussain
Bank Muamalat
05010004028714
Hubungi Kami
![](assets/img/divider-blue.png)
Masjid Hussain
Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia.
+606 633 9963
inquiry@masjidhussain.com.my
Ikuti kami di
![](assets/img/fb-icon.png)
![](assets/img/ig-icon.png)
![](assets/img/yt-icon.png)